Logo

BENGKEL KERJA PENGURUSAN SIASATAN KES KEHILANGAN WANG AWAM DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Nama Program
BENGKEL KERJA PENGURUSAN SIASATAN KES KEHILANGAN WANG AWAM DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Tarikh Program
11 May 2026 hingga 13 May 2026
Tarikh Tutup Permohonan
01 Jan 1970
Kumpulan Sasaran
Pegawai Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Kaedah
Ceramah dan Latih Amal Secara Bersemuka
Status Program
Tamat
Lokasi Program
Dewan Bunga Raya, Aras 7, Blok E14, Kompleks Parcel E, Putrajaya., WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Yuran
PERCUMA
Penganjur
SEKOLAH PENYIASATAN DAN FORENSIK

Objektif

Objektif bagi pelaksanaan bengkel kerja ini adalah untuk memberi pendedahan kepada JKS yang dilantik berkenaan teknik-teknik khas yang boleh digunakan dalam penyiasatan seperti temu bual saksi, soal siasat orang yang disiasat, penyediaan laporan akhir siasatan yang berkualiti serta lain-lain input tambahan yang boleh dipraktikkan apabila berada di lapangan. Matlamat bagi pelaksanaan bengkel ini juga antara lainnya adalah bagi memastikan JKS yang dilantik menjadi lebih bersedia di lapangan dalam apa jua keadaan terutama apabila berhadapan dengan OYD kelak.

Pendekatan menyeluruh ini diharapkan dapat meningkatkan kompetensi, profesionalisme serta keberkesanan dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan dan pengurusan kes-kes kehilangan wang awam.

1 Menerangkan prinsip asas siasatan merangkumi analisa aduan, teknik menganalisa keterangan dan pengukuhan kemahiran temubual saksi atau saspek;

2 Menerangkan kaedah penyediaan laporan siasatan dan pengurusan kertas siasatan yang berkualiti;

3 Meningkatkan pemahaman kredibiliti seorang pegawai penyiasat dalam menjalankan siasatan yang adil, telus dan tanpa prejudis.

Syarat Program

Pegawai Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Penyelaras
Mohd Ridzwan bin Razali
mridzwan@sprm.gov.my
0362092800
Urusetia
Mohd Ridzwan bin Razali
mridzwan@sprm.gov.my
0132688836

Lampiran
Tiada Lampiran