Logo

MACA TERIMA ANUGERAH KHAS KETUA PESURUHJAYA (AKPJ) 2025


07-05-2026

Kuala Lumpur, 6 Mei – Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya (AKPj) Tahun 2025 menerusi projek bertajuk Inisiatif Program Pendidikan Tinggi Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL.Q) Peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Program Kedoktoran bagi Pegawai dan Kakitangan SPRM.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) SPRM Tahun 2025 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre,semalam.

Inisiatif APEL.Q (Accreditation of Prior Experiential Learning for Credit Award) merupakan pendekatan strategik MACA dalam memperkasa pembangunan modal insan SPRM melalui pengiktirafan pengalaman kerja pegawai sebagai kredit akademik bagi melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Pelaksanaan program ini dilihat mampu membuka ruang kepada pegawai dan kakitangan SPRM untuk meningkatkan kelayakan akademik secara lebih sistematik, fleksibel dan berimpak tinggi selaras dengan agenda pemerkasaan profesionalisme organisasi.

Selain pengiktirafan yang diterima oleh MACA, sebanyak 33 Anugerah Khas dan dua Anugerah Emas turut disampaikan menerusi Anugerah Ketua Pesuruhjaya (AKPj) melibatkan keseluruhan 67 pencalonan yang diterima pada tahun ini.

#macamacc

#SPRMMalaysia

#BeranidanRadikalPerangiRasuah