KUNJUNGAN HORMAT GDI LTD SINGAPORE KE AKADEMI PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (MACA)
18-06-2026
Kuala Lumpur, 13 Jun – Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi GDInstitute Ltd. (GDI) Singapore, iaitu Profesor Mak Yuen Teen dan Datuk Shireen Muhiudeen bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh amalan tadbir urus, integriti dan perlindungan pemberi maklumat,di sini semalam.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan MACA, Dato’ Mohamad Zamri Zainul Abidin, yang turut membincangkan potensi kerjasama antara MACA dan GDI Ltd Singapore dalam bidang pembangunan kapasiti serta pendidikan integriti.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk cadangan pembangunan modul bersama berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711), khususnya bagi memperkukuh pengetahuan dan kompetensi Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer - CeIO).
Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai peluang kerjasama yang lebih luas melibatkan Center for Investor Protection dalam usaha memperkasa budaya tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam organisasi.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan MACA dalam memperluas jaringan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa serta memperkukuh peranannya sebagai pusat kecemerlangan pencegahan rasuah bertaraf serantau dan antarabangsa.
#macamacc
#SPRMMalaysia
#beranidanradikalperangirasuah