MACA DAN LTAT PERKUKUH JARINGAN KERJASAMA DALAM BIDANG INTEGRITI DAN TADBIR URUS
15-10-2026
Kuala Lumpur, 12 Ogos – Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) menerima kunjungan hormat seramai lima delegasi dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diketuai oleh Pengarah dan Ketua Jabatan Integriti, LTAT, Farizal Muzaffar Hafiz Abdul Wahab.
Sesi pertemuan ini menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak untuk memperkukuh hubungan institusi serta bertukar pandangan berkaitan usaha memperkasa integriti, pencegahan rasuah dan tadbir urus dalam organisasi.
Pengarah Kanan MACA, SPRM, Dato' Mohamad Zamri Zainul Abidin menyatakan kesediaan untuk meneroka ruang kerjasama bersama LTAT melalui pelaksanaan program latihan, seminar, bengkel, perkongsian kepakaran serta pembangunan modul yang bersesuaian dengan keperluan organisasi.
Perbincangan turut memberi penekanan kepada aspek pembangunan kompetensi serta keperluan memperkukuh keupayaan pegawai dalam mendepani cabaran berkaitan integriti dan tadbir urus.
Kunjungan hormat ini diharap dapat menjadi asas kepada jalinan kerjasama yang lebih tersusun dan berterusan antara MACA dan LTAT, selaras dengan usaha memperkukuh amalan tadbir urus yang baik, meningkatkan kesedaran antirasuah serta membudayakan nilai integriti dalam pengurusan organisasi.
#maca
#SPRMMalaysia
#BeraniDanRadikalPerangiRasuah