Logo

PROGRAM KLINIK LITERASI PEJABAT TANAH KOTA BHARU


15-10-2026

PROGRAM KLINIK LITERASI PEJABAT TANAH KOTA BHARU

Kota Bharu, 16 Ogos – Klinik Literasi Urus Niaga Tanah telah dilaksanakan di Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Kota Bharu sempena Program Pemerkasaan Governans dan Integriti (GIEP) bagi Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 46 Bil. 2 Tahun 2026 Sektor Awam SUK Kelantan anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dengan kerjasama Bahagian Integriti & Tadbir Urus (BITU), SUK Kelantan. 

Klinik berkenaan dilaksanakan oleh peserta Program CeIO dengan menyasarkan masyarakat umum serta Penghulu, Penggawa dan Penolong Ketua Jajahan (Tanah) di Kota Bharu, Kelantan.

Program tersebut memberi tumpuan kepada peningkatan literasi masyarakat berkaitan urus niaga dan pemilikan tanah secara sah, khususnya kesedaran terhadap risiko pembelian Lot Lidi yang boleh mendedahkan pembeli kepada risiko penipuan, kerugian serta masalah dari aspek pemilikan dan status tanah.

Peserta turut berkongsi panduan berkaitan tatacara urus niaga tanah yang betul serta saluran dan pihak berkuasa yang perlu dirujuk bagi mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan urusan tanah di PTJ negeri Kelantan.

Pelaksanaan klinik ini dilihat berpotensi memberi impak berterusan melalui penyampaian maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat yang hadir untuk berurusan di PTJ Kota Bharu.

Perkongsian tersebut seterusnya diharap dapat disampaikan kepada ahli keluarga, rakan dan komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melaksanakan urus niaga tanah melalui saluran yang sah.

Inisiatif ini turut mencerminkan pendekatan pendidikan dan pencegahan yang dilaksanakan melalui Program CeIO dalam memperkasa masyarakat dengan pengetahuan yang tepat, sekali gus membantu mengurangkan risiko penyelewengan dan penipuan berkaitan urus niaga tanah serta menggalakkan masyarakat mendapatkan rujukan daripada pihak berkuasa yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan.

#maca

#SPRMMalaysia

#BeraniDanRadikalPerangiRasuah

#ceio