MACA ANJUR "TRAINING ON STRATEGIES IN BATTLING CORRUPTION FOR THE COMMISSION FOR THE INVESTIGATION OF ABUSE OF AUTHORITY (CIAA) NEPAL 2025"
28-02-2025
26 Februari, KUALA LUMPUR - Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), telah mengadakan program "Training on Strategies in Battling Corruption for The Commission For The Investigation Of Abuse Of Authority (CIAA) Nepal 2025" pada 16 hingga 26 Februari lalu bertempat di PNB Perdana Hotel and Suites, Kuala Lumpur.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada 32 peserta daripada "The Commission For The Investigation Of Abuse Of Authority (CIAA)", Nepal mengenai fungsi SPRM di Malaysia. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada kaedah penyiasatan berasaskan "Intelligence Based Investigation" (IBI), "Effective Investigation Methodology" (EIM), strategi SPRM dalam menjalankan siasatan kes pengubahan wang haram serta rangka kerja bagi tindakan pemulihan aset.
Program ini juga merangkumi perkongsian mengenai strategi SPRM dalam pelaksanaan tindakan pencegahan yang komprehensif di Malaysia. Peserta turut diberikan pengenalan kepada kerangka Akta SPRM 2009, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, dan Akta Perlindungan Saksi 2009. Selain itu, sesi perkongsian maklumat berhubung isu-isu semasa dan langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian turut diadakan.
Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah MACA, KPKPj Sofian bin Haroon dan Honorable Dr. Hari Paudel, Commissioner CIAA Nepal.