MACA DAN FMM INSTITUTE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK DALAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI ANTIRASUAH
03-07-2026
MACA DAN FMM INSTITUTE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK DALAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI ANTIRASUAH
Kuala Lumpur, 2 Julai – Selaras dengan peranan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) sebagai pusat kecemerlangan latihan, pendidikan dan penyelidikan antirasuah, MACA hari ini menerima kunjungan hormat daripada FMM Institute (FMMI) bagi meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan program kompetensi yang mampu memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik dan pematuhan antirasuah di peringkat nasional.
Delegasi FMM yang diketuai oleh Pengurus Besar, Dr. Shanmuga Vivekananda Nadarajan disambut mesra oleh Pengarah Kanan MACA, Dato' Mohamad Zamri Zainul Abidin.
Perbincangan memberi fokus kepada penerokaan peluang kerjasama dalam penganjuran program latihan antirasuah dan integriti, pelaksanaan program pensijilan Certified Integrity Officer (CeIO) bagi sektor swasta, penganjuran webinar kesedaran antirasuah serta pembangunan kompetensi pegawai SPRM dalam bidang-bidang strategik seperti percukaian, perbankan luar pesisir, teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber.
Kerjasama ini dilihat berpotensi memperkukuh jaringan strategik sejajar dengan usaha MACA untuk memperkukuhkan sinergi rentas agensi dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan penguatkuasaan dan integriti.
#maca
#SPRMMalaysia
#BeraniDanRadikalPerangiRasuah
#taatsetia