MACA PERKASA KEPAKARAN TENAGA PENGAJAR DALAM ANALISIS BAHASA TUBUH UNTUK PENYIASATAN
19-10-2026
MACA PERKASA KEPAKARAN TENAGA PENGAJAR DALAM ANALISIS BAHASA TUBUH UNTUK PENYIASATAN
Kuala Lumpur, 28 September- Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melalui Pusat Akademik telah menganjurkan Kursus Latihan Tenaga Pengajar Bahasa Tubuh untuk Penyiasatan: OWLS Mode Behavioral Synchronization System: Advanced Body Language Train-the-Trainer Certification Program for Anti-Corruption Investigation selama lima hari, bermula 21 hingga 25 September 2026 yang lalu, bertempat di Dewan Kuliah Pahang, MACA.
Kursus yang dikendalikan oleh Jackson Beyond Learning International, Jackson Yogarajah ini merupakan program Train-the-Trainer Certification yang memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi tenaga pengajar dalam bidang bahasa tubuh (body language) dan aplikasinya dalam konteks penyiasatan serta pengumpulan maklumat.
Sepanjang lima hari kursus, peserta diberikan pendedahan kepada pendekatan, teknik dan metodologi berkaitan analisis tingkah laku nonverbal serta kaedah penyampaian ilmu yang berkesan. Penekanan turut diberikan kepada aspek instruksional dan bimbingan praktikal supaya peserta mampu menyampaikan pengetahuan berkaitan bahasa tubuh kepada pegawai penyiasat secara sistematik dan berkesan.
Antara objektif utama kursus adalah untuk:
šMelatih bakal tenaga pengajar agar mampu membimbing pelatih memahami dan mengenal pasti ciri-ciri tingkah laku nonverbal serta menerangkannya dengan jelas.
šMemantapkan keupayaan peserta menyampaikan kepentingan praktikal analisis bahasa tubuh dalam konteks penyiasatan dan pengumpulan maklumat.
šMembina kemahiran instruksional peserta bagi membolehkan teknik bahasa tubuh diaplikasikan dalam pengendalian saksi dan sasaran serta komunikasi secara lebih berkesan.
Pendekatan Train-the-Trainer ini diharap dapat mewujudkan kumpulan pakar rujuk dan tenaga pengajar dalaman yang berupaya menyokong pelaksanaan latihan berkaitan bahasa tubuh secara berterusan, sekaligus memperkukuh pembangunan kompetensi pegawai penguatkuasa dalam aspek komunikasi, pemerhatian dan analisis tingkah laku.
Penganjuran kursus ini merupakan kesinambungan kepada Kursus Komunikasi Berkesan Melalui āBody Languageā, yang telah dilaksanakan sebagai salah satu kursus dalam Prospektus MACA Tahun 2026.
Inisiatif ini turut memperlihatkan komitmen MACA dalam memastikan pengetahuan dan kepakaran yang telah dibangunkan dapat dipindahkan serta dikembangkan melalui pembentukan tenaga pengajar dalaman yang kompeten.
Ia juga mencerminkan usaha berterusan MACA dalam memperkasa modal insan melalui pemindahan ilmu, pembangunan kepakaran dan pengukuhan kompetensi profesional bagi menyokong keperluan penyiasatan dan penguatkuasaan.