1. Memperkukuh kefahaman peserta terhadap konsep dan peranan Hasil Pembelajaran Topik (TLO) serta hubung kaitnya dengan Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO) dalam kerangka Outcome-Based Education (OBE)
2. Memantapkan keupayaan peserta untuk menganalisis dan menilai struktur hasil pembelajaran berdasarkan prinsip dan standard OBE bagi memastikan keselarasan akademik dan jaminan kualiti.
3. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengaplikasikan Taksonomi Bloom bagi membangunkan hasil pembelajaran yang jelas, boleh diukur dan sesuai dengan tahap kognitif pelajar.
4. Memperkasa keupayaan peserta untuk menyepadukan hasil pembelajaran dengan strategi pengajaran, penilaian dan pembangunan JSU/TOS bagi memastikan penilaian yang sah, reliabel, dan konsisten dengan keperluan kurikulum.
Pegawai yang terdiri daripada Course leader, Subject Module Leader, Co-Subject Module Leader, tenaga pengajar/pensyarah bersekutu SPRM dan urusetia pasukan Akreditasi MACA