Logo

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH BAHARU MACA


07-03-2025

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH BAHARU MACA

Putrajaya, 6 Mac - Majlis Serah Terima Tugas Mantan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Datuk Saiful Ezral Arifin kepada Pengarah MACA yang baharu, Dato' Mohd Hafaz Nazar telah diadakan di Dewan Tun Ismail, MACA Kuala Lumpur, di sini semalam.

Dalam majlis itu, turut diadakan Upacara Penyerahan Nota Serah Tugas Kepada Pengarah MACA yang baharu, Dato' Mohd Hafaz yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Indera Junipah Wandi.

Dato' Indera Junipah dalam ucapannya berkata, majlis ini bukan sekadar menyaksikan pertukaran kepimpinan, tetapi juga menandakan kesinambungan satu perjuangan lebih besar iaitu perjuangan untuk memperkukuh integriti dan memastikan MACA terus berkembang sebagai pusat kecemerlangan dalam latihan antirasuah.

Sementara itu, Datuk Saiful Ezral turut menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang berkhidmat di MACA selama sembilan bulan dan mendapat pelbagai manfaat dan pengalaman berharga.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi SPRM dan warga MACA atas kepercayaan, bimbingan, nasihat serta teguran yang diterimanya sepanjang berkhidmat di akademi tersebut.

Datuk Saiful Ezral memulakan tugasnya sebagai Pengarah MACA pada 20 Mei 2024, dan kemudian diamanahkan untuk menerajui Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) sebagai Pengarah Kanan bermula 17 Februari 2025.


#SPRMMalaysia

#RasuahDihinaMaruiahDibina

#taatsetia