Logo

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS: MACA RAIKAN MANTAN PENGARAH DAN TERIMA PENGARAH BAHARU


15-06-2024

Kuala Lumpur, 14 Jun – Mantan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Dato' Hj. Idris Zaharudin telah diraikan dalam Majlis Serah Terima Tugas Pengarah MACA di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini, hari ini.  

Dalam majlis itu, turut diadakan Upacara Penyerahan Nota Serah Tugas Kepada Pengarah MACA yang baharu, TPj Saiful Ezral Arifin yang disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Dato' Indera Junipah Wandi.

Dato' Hj. Idris dalam ucapannya berkata, beliau amat bersyukur atas ketentuan Allah SWT yang menulis perjalanan hidupnya untuk berkhidmat di MACA kerana ternyata banyak membawa kebaikan dan nilai tambah kepada dirinya.

"Ribuan terima kasih saya zahirkan kepada Pengurusan Tertinggi SPRM diatas kepercayaan, bimbingan, nasihat dan teguran yang diberikan sepanjang hampir tujuh tahun berkhidmat sebagai Pengarah MACA," katanya.

Tambahnya lagi, beliau turut berterima kasih kepada Pengarah-pengarah Bahagian serta Negeri SPRM; Timbalan-timbalan Pengarah MACA; Ketua-ketua Pusat dan seluruh warga MACA atas kerjasama serta kesepakatan di dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Dato' Hj. Idris telah memulakan tugas sebagai Pengarah MACA pada 1 Ogos 2017 sehingga 14 Mei 2024 dan kemudian diamanahkan untuk menerajui Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN) sebagai Pengarah mulai 15 Mei 2024.

#MACAMACC

#RasuahDihinaMaruahDibina