Logo

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


16-06-2024

Hari Raya Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Hari Raya Aidiladha diraikan umat Islam setelah jemaah haji selesai menyempurnakan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. 

Semoga Jemaah Haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur dan pulang dengan penuh keinsafan. 

Bagi yang belum berkesempatan untuk menunaikan haji pada tahun ini, marilah kita perbanyakkan amalan dan doa. 

Semoga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua.


قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: ''Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk pencipta sekalian alam.''

(Surah Al-An'am :162)