Logo

PUSAKA TEKAD PERKASAKAN UNIT INTEGRITI DAN GOVERNANS


26-06-2024

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Fungsi Teras Unit Integriti dan Tadbir Urus pada 25 dan 26 Jun 2024 bertempat di Dewan Seminar PUSAKA, Kuching, Sarawak.

Kursus yang disertai oleh seramai 26 pegawai PUSAKA dan anak-anak syarikat PUSAKA itu merupakan suatu titik mula bagi menubuhkan Unit Integriti dan Governans (IGU) di anak-anak syarikat organisasi tersebut.

Sepanjang dua hari ini, peserta diberi pendedahan tentang tatacara penubuhan IGU di samping memperkukuhkan pemahaman tentang fungsi teras IGU dan kaedah terbaik melaksanakannya. Peserta juga didedahkan dengan pengenalan kepada Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) sebagai salah satu komponen penting dalam melaksanakan fungsi IGU. 

Sesi ceramah telah disampaikan oleh PsK Mohamad Husni, Pegawai SPRM daripada Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Ibu Pejabat SPRM dan PsK Mohamad Azhar, Pegawai SPRM daripada SPRM Negeri Sarawak.

Gambar: Ihsan PUSAKA

#rasuahdihinamaruahdibina

#macamacc