Logo

BENGKEL STRATEGI PENGAJARAN BERKREDIT TINGKATKAN KOMPETENSI TENAGA PENGAJAR TERLATIH MACA


31-08-2024

29 OGOS, PORT DICKSON - Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), YBhg. Datuk Saiful Ezral Bin Arifin telah hadir merasmikan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Strategi Pengajaran Pengajian Berkredit anjuran Pusat Sekretariat Akreditasi (ASC) MACA, bertempat di Pusat Latihan DRB-HICOM, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel yang dilaksanakan pada 26 hingga 29 Ogos 2024 ini dihadiri oleh seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai SPRM gred P29 hingga gred P52 yang juga merupakan Subject Module Leader (SML), Co Subject Module Leader (Co-SML) serta Tenaga Pengajar yang terlibat sepenuhnya dalam program pengajian berakreditasi di MACA sejak tahun 2017. 

Bengkel ini merupakan salah satu laluan latihan yang disediakan oleh MACA untuk melatih dan melahirkan tenaga pengajar akademik yang profesional, berkaliber dan cemerlang untuk MACA khasnya, dan SPRM amnya.

Pendekatan bengkel ini adalah berdasarkan Modul ke 4 Kursus Asas Pembelajaran dan Pengajaran Pensyarah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Modul melibatkan beberapa buah universiti tempatan bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Ianya mengguna pakai kaedah dan silabus yang pelbagai berpandukan pencapaian Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education atau OBE).