Logo

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN TENAGA PEGAJAR SPRM


03-09-2024


2 SEPTEMBER,  2024, Putrajaya - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yang Berbahagia Dato’ Indera Junipah binti Wandi telah menyampaikan sijil pengiktirafan yang ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Azam bin Baki kepada 157 tenaga pengajar SPRM bertempat di Ibu Pejabat SPRM bertempat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu adalah bersempena Hari Tenaga Pengajar Sedunia (World Trainers Day) yang disambut pada 24 Ogos setiap tahun.