Logo

SME BANK PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA MACA


05-02-2025

5 Februari, Kuala Lumpur – Delegasi SME Bank, diketuai oleh Ketua Pegawai Pematuhan Kumpulan, Encik Rosehamidi Kamaruddin, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Ketibaan delegasi tersebut disambut mesra oleh Timbalan Pengarah (Akademik dan Latihan Asas) MACA, YBrs. KPKPj Mohd Saud Ayutollah Abdul Manan.

Lawatan selama dua jam ini merupakan inisiatif untuk memperkukuh kerjasama dua hala antara SME Bank dan MACA, di samping membincangkan pelbagai aspek berkaitan latihan bagi memperkasakan integriti dan pencegahan rasuah dalam industri perbankan.

Dalam ucapannya, YBrs. KPKPj Mohd Saud Ayutollah menyatakan keterbukaan MACA untuk bekerjasama dengan semua pihak yang komited dalam membanteras jenayah rasuah dalam organisasi masing-masing.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan) MACA, YBrs. KPKPj Sofian Haroon, Ketua-ketua Pusat MACA, serta pegawai-pegawai kanan SME Bank.

#macamacc