Logo

SPRM PERKUKUH KERJASAMA ANTIRASUAH DENGAN FCC MAURITIUS


05-11-2026


Kuching, 14 Oktober – Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) mengadakan kunjungan hormat dan lawatan penanda aras ke Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak (LISCS) bagi meneroka peluang kerjasama strategik, khususnya dalam bidang latihan dan pembangunan kepimpinan.


Delegasi MACA diketuai oleh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Korporat MACA, Tuan Shahrul Nizar Mohd Shariff, bersama lima pegawai kanan MACA. Delegasi tersebut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LISCS, YBhg. Datu Dr. Haji Azhar Haji Ahmad.


LISCS berperanan sebagai institusi latihan rasmi Kerajaan Negeri Sarawak yang memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, pembinaan kapasiti dan transformasi kepimpinan bagi memastikan penjawat awam dapat menyampaikan perkhidmatan yang cekap kepada rakyat.


Sesi lawatan penadaarasan ini menjadi platform bagi kedua-dua institusi bertukar pandangan serta membincangkan peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama, khususnya dalam pembangunan dan pelaksanaan program latihan kepimpinan.


Kunjungan ini turut mencatatkan penyertaan MACA sebagai agensi pertama yang mengadakan kunjungan hormat ke kampus LISCS di Santubong, Kuching, Sarawak yang baharu beroperasi kira-kira sebulan lalu.


Kerjasama yang diteroka ini diharap dapat membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang latihan serta pembangunan kompetensi, sekali gus menyokong usaha memperkukuh keupayaan dan profesionalisme penjawat awam.