Logo

PUSPANITA CAWANGAN MACA JALIN SILATURRAHIM DALAM MAJLIS HI-TEA


14-12-2021

Kuala Lumpur, 11 Disember - Setelah hampir dua tahun tidak berpeluang melaksanakan sebarang program secara bersemuka bersama ahli, Puspanita Cawangan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) berpeluang menganjurkan Majlis Hi-Tea PUSPANITA Cawangan MACA pada 10 Disember 2021 di Restoran 360 Atmosphere, KL Tower, Kuala Lumpur.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan MACA, YBhg. Datin Hajah Mas’amah binti Ibrahim dalam ucapannya menyatakan rasa teruja dan gembira kerana dapat beramah mesra dengan sebahagian daripada ahli PUSPANITA cawangan MACA berjumlah 43 orang, yang masing-masing kelihatan ceria dan mempamerkan sokongan terhadap barisan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan MACA yang baru dengan mengenakan busana sesuai dengan tema ‘Glam Rock’.

“Selain daripada pegawai dan kakitangan wanita MACA, saya juga ingin menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan lelaki di MACA untuk menggalakkan isteri-isteri mereka menyertai PUSPANITA dengan mengisi borang keahlian. Selepas ini, saya berharap agar program-program PUSPANITA Cawangan MACA akan lebih meriah dengan penyertaan mereka”, ujar beliau lagi.