Logo

PROGRAM EKSPLORASI INSAN BINA INTEGRITI DAN BENTUK SAHSIAH TERPUJI


08-06-2022

KUALA LUMPUR, 6 JUN - Dalam usaha untuk membina integriti dan membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan pegawai kadet Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 26 Bil.1 Tahun 2022, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah mengadakan Program Eksplorasi Insan pada 4 hingga 6 Jun 2022. 

Program yang pertama kalinya diperkenalkan dalam modul khusus untuk pegawai kadet ini diadakan dengan matlamat untuk membina kekuatan rohani dalam diri peserta di samping meningkatkan kecemerlangan dalam membuat pertimbangan yang melibatkan hak dan batil dengan meletakkan Islam sebagai panduan. 

Ceramah telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Ustaz Khairul Fahmi bin Hj. Daud, Ustaz Mohd Ridhzuwan bin Ahmad, Ustaz Zainuddin bin Othman dan Ustazah Siti Noor Hasmah binti Ismail. Turut hadir menyampai ceramah ialah Pegawai daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, PsK Nik Mohd Sukiman bin Nik Yusof.