Logo

EXECUTIVE CERTIFICATE COURSE FOR STRATEGIC MANAGEMENT OF ANTI-CORRUPTION PROGRAMME: PERKONGSIAN ILMU PENCEGAHAN RASUAH ARENA ANTARABANGSA


08-07-2022

Program latihan di bawah tajaan Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP) ini dilaksanakan secara dalam talian bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran serta memberi bantuan kepada negara-negara membangun dalam bidang teknikal berkaitan pencegahan rasuah.

Ia selaras dengan komitmen Malaysia terhadap kerjasama dengan negara luar yang ternyata memberi manfaat kepada semua peserta yang menyertainya. Seramai 39 peserta daripada pelbagai agensi antarabangsa menzahirkan komitmen untuk mengikuti program latihan ni mulai 4 hingga 8 Julai 2022.

Antara negara yang turut serta ialah Algeria, Zimbabwe, Nepal, Togo, Mauritius, Malawi, Bhutan, kenya, Cambodia, Laos, Maldives, Ghana, Uzbekistan dan Indonesia.

Penceramah-penceramah berpengalaman daripada Bahagian-Bahagian SPRM iaitu Perisikan, Siasatan, Pencegahan Pengubahan Wang Haram,  Pemeriksaan dan Perundingan serta Komunikasi telah dijemput untuk menjayakan program latihan ini.