Logo

DBKL SUKSES LAKSANAKAN KURSUS ASAS SIASATAN


08-07-2022

Kursus Asas Siasatan di bawah kelolaan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) ini dirangka khusus untuk Pegawai Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha untuk mendalami ilmu dan teknik siasatan terbaik serta mempelajari proses kerja siasatan daripada SPRM untuk diaplikasi dalam tugasan harian Pegawai Jabatan Integriti DBKL. 

Kursus yang diadakan pada 5 hingga 7 Julai 2022 di Menara 1, Ibu Pejabat DBKL, Kuala Lumpur ini disertai oleh seramai 21 orang Pegawai Jabatan Integriti DBKL. 

Diharap agar para peserta dapat memperkasakan Jabatan Integriti DBKL dalam pengurusan siasatan dalaman DBKL dengan lebih efektif dan berkesan sesuai dengan fungsinya sebagai pentadbir Bandaraya Kuala Lumpur, Ibu Negara Malaysia yang bertaraf antarabangsa dalam usaha untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.