Logo

83 PESERTA BERJAYA HARUNGI PROGRAM CEIO SWASTA SIRI 8


13-07-2022

Seramai 83 peserta daripada 62 syarikat telah berjaya mengikuti Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 8 Bil. 1/2022 - Sektor Swasta yang berakhir pada hari ini, 7 Julai 2022. Kami percaya bahawa peserta-peserta kini lebih jelas dan faham akan fungsi dan tanggungjawab mereka sebagai Ketua Unit Integriti dengan lebih berkesan.
Setiap daripada mereka akan berupaya untuk membina Pelan Risiko Rasuah (CRM) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) untuk organisasi masing-masing serta memahami peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan rasuah, salahguna kuasa dan pengubahan wang haram sekaligus mampu menyokong usaha kerajaan bagi membendung amalan rasuah dalam sektor swasta.
Tahniah kepada kesemua peserta!