Logo

HEBAHAN KURSUS PENGENALAN DAN PENGENDALIAN PERALATAN UJIAN POLIGRAF TAHUN 2023


21-06-2023

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melalui Pusat Akademik MACA akan menjalankan Kursus Pengenalan Dan Pengendalian Peralatan Ujian Poligraf bagi tahun 2023 mulai 22 hingga 25 Jun 2023.

Program latihan ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pengetahuan berkaitan asas-asas pengenalan dan pengendalian peralatan Ujian Poligraf kepada pegawai-pegawai SPRM yang telah dikenalpasti.

Ujian Poligraf merupakan satu kaedah untuk mengukur tahap integriti seseorang individu yang dilantik sebagai pegawai kadet SPRM gred P29 atau P41 yang baharu. Tahap kesukaran soalan sewaktu sesi ujian poligraf adalah berdasarkan soalan-soalan yang akan dibangunkan sebelum sesi temu bual serta difokuskan khusus untuk sesi temu bual tersebut.

Kursus ini juga mensasarkan untuk mempersiapkan pegawai-pegawai pelapis yang berkemahiran tinggi dalam mengendalikan Ujian Poligraf bagi menggantikan pegawai pengendali sedia ada pada masa hadapan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pusat Akademik

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)

Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin

Off Jalan Tuanku Abdul Halim

50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Emel penyelaras: razmy.zulkifli@sprm.gov.my

No. Telefon: 603-6209 2800