Logo

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


28-06-2023

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadah korban. Sesungguhnya, binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Ibadah korban ini diredhai Allah sebelum darah haiwan itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadah korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan menelusuri sejarah para nabi dan rasul yang sentiasa taat dengan perintah Allah SWT. Moga kita semua dapat mencapai redha, maghrifah dan rahmat dari Yang Maha Esa.