Logo

NACS: NATIONAL ANTI-CORRUPTION SUMMIT 2024


10-02-2024

NACS: NATIONAL ANTI-CORRUPTION SUMMIT 2024

Komitmen SPRM dalam membanteras rasuah merupakan satu usaha berterusan yang memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak, termasuk kerajaan, sektor swasta, masyarakat sivil, dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya terutama dalam memantapkan integriti sistem urustadbir dan tatakelola sedia ada.

Pelbagai program kerjasama dan juga usaha sama telah dirancang dan dilaksanakan demi mencapai visi untuk menjadi sebuah negara yang bersih daripada gejala rasuah dan menjamin keadilan serta kesejahteraan bagi semua rakyat.

Sebagai salah satu langkah untuk merealisasikan visi tersebut, sukacitanya diumumkan bahawa HRD Corp di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (KSM), Malaysia akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Anti-Rasuah (NACS) 2024, dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bertemakan 'Menyemai Integriti dan Tatakelola Baik dalam Pembangunan Modal Insan', sasaran NACS adalah untuk meningkatkan kesedaran dan melengkapkan organisasi-organisasi Malaysia dengan alat, pengetahuan, dan strategi penting dalam memerangi rasuah.

Persidangan ini juga akan memberi peserta elemen-elemen yang diperlukan untuk menetapkan kerangka tatakelola korporat yang kukuh, menggalakkan amalan perniagaan yang beretika, dan yang lebih bermanfaat, menjadi sebahagian daripada gerakan negara untuk meningkatkan ketelusan dan integriti.

Justeru, sertailah kami pada 29 Februari 2024 dalam persidangan transformasi ini bertempat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur!

Pendaftaran adalah PERCUMA untuk semua majikan berdaftar di bawah HRD Corp dan penyelia latihan. Jangan lepaskan peluang!

Tempah slot anda SEKARANG di https://form.evenesis.com/NACS2024


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Syamim +6013-4262244

Varina +6017-2793549

Nurul Nabila 03-2096 4971

Emel: vmdsupport@hrdcorp.gov.my


#HRDCorp

#Quality Delivery

#DevelopExcellence

#NACS2024

#IntegrityInHRD

#TatakelolaBaik