Logo

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN


27-03-2024

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah kepada seluruh umat manusia. Islam menganjurkan perpaduan dan kesatuan serta bertaaruf antara satu sama lain agar ikatan ukhuwah begitu ampuh sesama manusia. Ianya akan memudahkan untuk mengimarahkan dunia di samping menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Justeru, marilah kita menjadikan Nuzul Al-Quran sebagai inspirasi untuk bersatu hati serta bertoleransi antara satu sama lain agar kita semua mencapai kebahagiaan abadi.

Firman Allah SWT:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar.”

(Surah As-Sad: 29)


Salam Nuzul Al-Quran daripada Pengarah & seluruh warga MACA.