KURSUS ASAS PEGAWAI SPRM SIRI 29 BIL 1/2026 PENOLONG PENGUASA GRED P5 - PROGRAM ORIENTASI GRADUATE DIPLOMA IN INTERNATIONAL LAW ENFORCEMENT (GDILE) (MQA/PA18596) SESI 2026/2027
13-05-2026
Kuala Lumpur, 13 Mei - Program Graduate Diploma in International Law Enforcement (GDILE) di Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) secara rasminya memulakan sesi pengambilan kohort pertama bagi sesi 2026/2027, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasa pembangunan profesionalisme pegawai penguatkuasa dalam negara.
Program orientasi yang berlangsung selama dua hari bermula pada 11 dan 12 Mei 2026 telah bermula dengan sesi pendaftaran, taklimat pengenalan kampus serta penglibatan dalam aktiviti kelab dan persatuan sebagai persediaan awal sebelum memulakan perjalanan akademik dan latihan kepimpinan secara rasmi.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen strategik dan kerjasama erat antara Enforcement, Leadership and Management University (ELMU), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dalam melahirkan pegawai penguatkuasa yang berintegriti, berdisiplin, berwibawa serta memiliki perspektif global.
Tahniah diucapkan kepada seluruh kadet GDILE kerana terpilih sebagai kohort pengambilan sulung program ini. Semoga para kadet terus komited dan cemerlang dalam menempuh perjalanan akademik serta latihan profesional ke arah melahirkan pemimpin penguatkuasa bertaraf antarabangsa pada masa hadapan.
#macamacc
#SPRMMalaysia
#beranidanradikalperangirasuah