Bagi memastikan kesiapsiagaan kemahiran penggunaan senjata api dan kefahaman peraturan serta Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya berkaitan penggunaan senjata api, Pegawai Suruhanjaya wajib lulus ujian kemahiran menembak dalam tempoh setahun dan kegagalannya akan mengakibatkan pegawai tidak layak membawa senjata api.
Sehubungan itu, MACA telah melaksanakan latihan menembak yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 bertempat di Lapang Sasar Shahpadu Presint 20, Putrajaya pada 16 November 2021. Latihan tersebut dihadiri oleh Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), YBhg. Dato' Hj. Idris Zaharudin dan pegawai-pegawai suruhanjaya di MACA yang menyaksikan kesemua mereka yang hadir telah lulus ujian dengan jayanya.
Program latihan dan ujian kemahiran menembak ini dijalankan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Muat turun dokumen
PDF