Logo

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AKADEMI PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (MACA) KE ATAS PENGARAH UNIT INTEGRITI DAN OMBUDSMAN NEGERI SARAWAK (UNIONS)


18-07-2022

Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Dato' Haji Idris bin Zaharudin telah melakukan satu sesi kunjungan hormat ke atas Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNIONS), Tuan Haji Adana bin Haji Jed di pejabatnya hari ini, 18 Julai 2022.

Pertemuan dua hala ini bertujuan memperkukuhkan dan memperkasakan latihan dan perlaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) yang disertai oleh pegawai-pegawai awam yang berkhidmat di agensi-agensi dan jabatan-jabatan di bawah naungan kerajaan negeri Sarawak. Selain itu, kedua-dua pihak turut mengambil peluang untuk membincangkan hala tuju serta visi peserta-peserta CeIO yang disenaraikan oleh UNIONS untuk menyertai program CeIO anjuran MACA sejak dari tahun 2019.

Kunjungan hormat ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi dalam menyebar luas agenda integriti dan antirasuah seiring dengan hasrat kerajaan di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP). 

Turut hadir menyertai sesi Kunjungan Hormat tersebut ialah pegawai-pegawai kanan MACA, UNIONS serta wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sarawak.